menghilangkan rasa bersalah tu, saya pun membuat keputusan untuk buat kek bagi Kakak Nurul ngan family members yang lain rasa happy sikit la kan, so i decided to make this :-
Taraaaaaa!!!!!
KEK KUKUS 7UP
berbonjol-bonjol permukaan tak rata-_-"
dah siap dipotong oleh Mak dan dibawa ke rumah Kakak Nurul
Ini resepi kek kukus 7up. Saye amek kat blog Chetam, tapi kate Chetam, dia pun amek gambar dari MyResipi dan Resipi dari Zurinina. Kek ni senang sangat nak buat,mcm apam pun ye,sebab tu ramai yang cuba! So, mmg akan jumpa banyak resepi ni kat internet. Jangan segan-segan utk mencuba,daripada tangan tu tak buat ape,bolehla belajar mengukus ni.=)
BAHAN-BAHAN
5 biji telur
210 atau 220 gram gula castor (saye letak 190gm je..tak suka manis sangat)
150 g Tepung Cake (Bluekey)
150 g Tepung Gandum
1/2 sudu besar ovalette
180g - 7- up/Sprite/Cream Soda.
2 sudu besar susu pekat (saye tak letak pun)
Ikut perisa apa yg disukai. (saye pakai warna pink-strawberry,biru-blueberry,hijau-pandan,orange-oren)
CARANYA
1. Pukul telur dgn gula sampai kembang selepas itu masukkan ovalette dan pukul lagi.
2. Masukkan tepung diselang selikan dgn air 7 - up tadi.
3. Bahagikan adunan. Titikkan pewarna.
4. Stim dulu adunan warna asal dalam 5 , 7 minit. Selepas itu mulakan dengan warna pertama kukus lagi dan buatlah utk warna warna yg seterusnya . Lapisan terakhir dikukus selama 10 minit atau lebih.
footnote: Saye dah dapat satu sijil hasil dari kursus yang menyebabkan saye tak dapat pergi Kenduri Doa Selamat merangkap open house + family meeting minggu ni. Seronok!Happy!ngeeee....


No comments:
Post a Comment